Lestari Selangor Loading...

Publications

A central hub for media statements, reports, and publications that share insights, progress, and evidence shaping Selangor’s sustainability journey.

October 24, 2025

Kenyataan Media: Selangor Komited Perkukuh Usaha Kelestarian dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Sempena Karnival Alam Sekitar 2025, Kerajaan Negeri memperkukuh agenda kelestarian menerusi pembangunan Dasar Perubahan Iklim, penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC), serta penguatkuasaan larangan plastik menjelang 2030.
July 2, 2025

Kenyataan Media: Selangor Anjur Siri Kedua Kempen Bebas Plastik di Laman Seni Safari, Klang

Siri kedua kempen ini dijadualkan berlangsung di Laman Seni Safari, Klang pada 6 Julai 2025 dengan konsep penganjuran sifar plastik sepenuhnya. Pengunjung bakal disajikan dengan aktiviti Fun Walk, pameran inovasi kitar semula, dan program insentif ‘Anda Kitar Semula, Kami Bayar’
May 24, 2025

Kenyataan Media: Selangor Anjur Kempen Bebas Plastik, Bagan Lalang, Sepang Jadi Lokasi Pertama

Bagan Lalang dipilih sebagai lokasi pertama Kempen Bebas Plastik 2025 yang mewajibkan peniaga bebas plastik dan menawarkan diskaun kepada pengunjung yang membawa bekas sendiri. Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti larian santai, Trash to Can, dan penanaman pokok
June 22, 2024

Kenyataan Media: Majlis Pelancaran Projek Perintis Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) di Stesen Minyak Terpilih

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Petron Fuel International Sdn. Bhd. melancarkan projek perintis pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih bermula di Petron Rinching, Semenyih. Inisiatif ini menjadikan Selangor negeri pertama melaksanakan program seumpama ini bagi memudahkan orang ramai melupuskan sisa elektronik secara mesra alam.
February 20, 2024

Kenyataan Media: Pelancaran Projek Pemasangan Panel Solar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan projek pemasangan panel solar di Bangunan SUK dan sembilan Pejabat Daerah/Tanah (PDT) dengan kerjasama TNB dan GSPARX. Inisiatif ini menyokong sasaran pengurangan karbon sebanyak 45% menjelang 2030 serta mencapai sifar karbon seawal 2050.
June 12, 2024

Kenyataan Media: Pelancaran Ikon Alam Sekitar Negeri Selangor

DYTM Raja Muda Selangor merasmikan pelancaran Ikon Alam Sekitar Negeri Selangor di PKHL Sungai Dusun dengan memperkenalkan anak Tapir Malaya bernama “BUMI” sebagai simbol pemeliharaan hidupan liar. Majlis turut diserikan dengan pelepasan burung kuang raya dan penanaman pokok sebagai sokongan kepada kelestarian alam.