Lestari Selangor Loading...

Penerbitan

Hab rujukan bagi kenyataan media, laporan, dan penerbitan yang berkongsi pandangan, kemajuan, dan bukti dalam membentuk agenda kelestarian Selangor.

30 Julai 2024

Kenyataan Media: Majlis Penyampaian Geran Kecil Alam Sekitar Negeri Selangor 2024

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM600,000 kepada 192 komuniti terpilih bagi melaksanakan projek kebun komuniti dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) demi kelestarian alam.
24 Oktober 2025

Kenyataan Media: Selangor Komited Perkukuh Usaha Kelestarian dan Pemeliharaan Alam Sekitar

Sempena Karnival Alam Sekitar 2025, Kerajaan Negeri memperkukuh agenda kelestarian menerusi pembangunan Dasar Perubahan Iklim, penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC), serta penguatkuasaan larangan plastik menjelang 2030.
2 Julai 2025

Kenyataan Media: Selangor Anjur Siri Kedua Kempen Bebas Plastik di Laman Seni Safari, Klang

Siri kedua kempen ini dijadualkan berlangsung di Laman Seni Safari, Klang pada 6 Julai 2025 dengan konsep penganjuran sifar plastik sepenuhnya. Pengunjung bakal disajikan dengan aktiviti Fun Walk, pameran inovasi kitar semula, dan program insentif ‘Anda Kitar Semula, Kami Bayar’
24 Mei 2025

Kenyataan Media: Selangor Anjur Kempen Bebas Plastik, Bagan Lalang, Sepang Jadi Lokasi Pertama

Bagan Lalang dipilih sebagai lokasi pertama Kempen Bebas Plastik 2025 yang mewajibkan peniaga bebas plastik dan menawarkan diskaun kepada pengunjung yang membawa bekas sendiri. Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti larian santai, Trash to Can, dan penanaman pokok
22 Jun 2024

Kenyataan Media: Majlis Pelancaran Projek Perintis Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) di Stesen Minyak Terpilih

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Petron Fuel International Sdn. Bhd. melancarkan projek perintis pengumpulan e-waste di stesen minyak terpilih bermula di Petron Rinching, Semenyih. Inisiatif ini menjadikan Selangor negeri pertama melaksanakan program seumpama ini bagi memudahkan orang ramai melupuskan sisa elektronik secara mesra alam.
20 Februari 2024

Kenyataan Media: Pelancaran Projek Pemasangan Panel Solar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan projek pemasangan panel solar di Bangunan SUK dan sembilan Pejabat Daerah/Tanah (PDT) dengan kerjasama TNB dan GSPARX. Inisiatif ini menyokong sasaran pengurangan karbon sebanyak 45% menjelang 2030 serta mencapai sifar karbon seawal 2050.