Lestari Selangor Loading...

Pusat Adaptasi
Perubahan Iklim
Negeri Selangor

Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor memacu peralihan negeri menuju masa depan yang berdaya iklim dan mampan. Bernaung di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, pusat ini menghubungkan dasar, inovasi dan tindakan lapangan untuk menghasilkan penyelesaian iklim yang memberi manfaat kepada rakyat dan alam sekitar.

Kami turut memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan serta komitmen negeri terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG (Environmental, Social and Governance). Melalui usaha ini, kami membantu Selangor membina daya tahan jangka panjang dan menyumbang kepada agenda kemampanan negara menjelang 2030.

Policy • People • Partnerships

3P MODEL

Dua Bidang Intervensi Utama

Adaptasi

Kami membantu Selangor menjangka risiko iklim dan membina sistem yang melindungi komuniti. Ini termasuk membangunkan alat pengurusan risiko iklim di kawasan terdedah, memperkukuh pengurusan sumber untuk meningkatkan ketahanan, serta memperbaiki strategi perlindungan pesisir.

Mitigasi

Kami menyokong usaha pengurangan pelepasan untuk menggerakkan Selangor ke arah masa depan rendah karbon. Ini termasuk mempromosi kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu, memulihkan hutan bagi menyerap karbon dan mempercepat penggunaan teknologi hijau.


Adaptasi dan mitigasi perlu dilaksanakan seiring untuk melindungi kehidupan, mengukuhkan infrastruktur dan memastikan kesejahteraan jangka panjang negeri Selangor.

Teras Utama

Kerja kami dipandu oleh tiga teras utama. Teras ini membantu kami kekal fokus, berorientasikan impak dan memastikan setiap inisiatif menyumbang kepada Selangor yang lebih berdaya iklim.

Pembangunan Mampan

Kami menyelaras dan memantau tindakan kemampanan negeri termasuk penyediaan Laporan Volunteer Subnational Review, inventori gas rumah kaca dan langkah adaptasi perubahan iklim.

Perlindungan Alam Sekitar

Kami merangka dan melaksanakan dasar, garis panduan, serta penyelidikan yang mengukuhkan daya tahan iklim, memacu mitigasi dan adaptasi, serta melindungi biodiversiti dan ekosistem Negeri Selangor.

Pemerkasaan Teknologi Hijau

Kami merancang, menyokong dan memperluas penggunaan teknologi hijau serta tenaga boleh baharu sambil membuka peluang kepada pelaburan dan inovasi hijau di seluruh negeri.

Pemegang Taruh Kami

Pihak Berkuasa

Kami bekerjasama dengan kementerian persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan untuk memastikan dasar dan tindakan iklim diselaraskan dengan berkesan dan bersedia untuk masa hadapan.

Perniagaan

Kami melibatkan sektor swasta untuk membina ekosistem yang menyokong inovasi, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi hijau yang mampan di Selangor.

Rakyat

Kami memperkasa komuniti melalui kesedaran, pendidikan dan penglibatan agar setiap warga Selangor dapat memainkan peranan dalam membentuk masa depan yang berdaya iklim.



Pendekatan Kami

Dasar

Kami menjalankan penyelidikan dan membangunkan dasar, program dan kempen yang selari dengan keutamaan iklim Negeri Selangor. Kami menjejak kemajuan melalui pemantauan dan penilaian serta menyediakan laporan seperti Voluntary Subnational Review dan Gas Rumah Hijau (Green House Gas atau GHG.

Manusia

Kami memperkukuh kemampuan pembuat dasar, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat melalui peningkatan ilmu dan kemahiran praktikal untuk menghadapi cabaran iklim.

Perkongsian

Kami mewujudkan kerjasama strategik merentas sektor bagi membuka ruang perkongsian kepakaran, sumber dan inovasi. Melalui rangkaian ini, kita mempercepat tindakan iklim dan mendorong perubahan sistemik untuk Selangor.

Inisiatif Utama

Impak nyata dan boleh diukur untuk menjadikan Selangor bersedia mendepani masa hadapan.

Rakan Program

Hubungi Kami

Ada sebarang pertanyaan? Hubungi terus pejabat SCAC.

Alamat

Worq Subang, Level 2, The Podium, Tower 3, UOA Business Park, No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51a, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Hantar Mesej