Lestari Selangor Loading...
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

YB Jamaliah Jamaluddin

Lestari Selangor adalah laman web rasmi Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor bagi portfolio Alam Sekitar, Perubahan Iklim, dan Teknologi Hijau.
Fokus utama portfolio ini adalah membangunkan dasar yang melindungi alam sekitar, mempromosi teknologi hijau, dan menangani kesan perubahan iklim. Ia juga bertanggungjawab untuk memacu pelbagai inisiatif dan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor.

Kerjasama antara agensi, rakan strategik, dan komuniti merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk menggalakkan tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat Selangor untuk memelihara dan menghargai alam sekitar.

Di bawah portfolio ini, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor (SCAC) telah ditubuhkan sebagai titik fokus Kerajaan Negeri untuk memajukan agenda pembangunan mampan.

Harapan kami adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat Selangor supaya mengamalkan amalan kelestarian alam sekitar sebagai gaya hidup, dan bersama-sama menyumbang kepada Selangor yang lebih hijau dan lebih selesa didiami.

"Menjadi peneraju dalam penetapan dasar dan hala tuju alam sekitar serta teknologi hijau bagi Negeri Selangor, sambil menangani impak perubahan iklim secara inklusif demi kesejahteraan negeri dan negara. "

Visi

Bidang Tumpuan Utama

Pembangunan Lestari

Memacu dasar yang memastikan keseimbangan ekologi jangka panjang.

Teknologi Hijau

Mengadaptasi inovasi untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar moden.

Komuniti

Memperkasa rakyat melalui pendidikan dan penglibatan.

Di Lapangan